fbpx

DBKL lakukan Operasi Sanitasi Awam di sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
bomba melakukan sanitasi di premis sekitar ibu negara pagi tadi.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan Operasi Sanitasi Awam nyahkuman Covid-19 di sekitar ibu negara pagi tadi.

Menurut status yang dimuat naik di Facebook DBKL, operasi tersebut turut dibantu oleh anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Tumpuan utama operasi adalah di kawasan tumpuan awam dan guna sama.

“Antara kawasan yang terlibat ialah di Jalan Bangsar, Jalan Pantai Baharu, Jalan Riong dan kawasan sekitarnya,” jelasnya.

Tambahnya, DBKL juga menghargai kerjasama orang awam, penduduk setempat dan para peniaga semasa operasi tersebut dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI