fbpx

Azhar, YY Pang Racing berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR (kanan) akhirnya berpisah dengan YY Pang dan kini giat berbincang dengan beberapa pasukan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba bagi menghadapi saingan musim 2021.

PELUMBA IPONE Yamaha YY Pang Racing, Azhar Abdul Jalil akhirnya mengambil keputusan berpisah daripada pasukan itu tahun ini selepas 12 musim bersama mengharungi Kejua­raan Cub Prix Malaysia sejak tahun 2010.

Begitupun, Azhar, 28, tetap meluahkan hasrat untuk meneruskan karier perlumbaannya dengan kini dalam proses perbincangan dengan beberapa pasukan lain untuk menghadapi saingan musim 2021.

“Saya agak keberatan untuk berpisah dengan pasukan YY Pang tetapi saya yakin pertukaran ini akan memberi perkembangan positif kepada karier saya. Buat masa ini, saya masih di tahap perbincangan dengan beberapa pasukan lain,” kata Azhar dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Principal IPONE Yamaha YY Pang, Pang Yoke You atau dikenali sebagai YY Pang mengucapkan selamat maju jaya kepada Azhar dalam usahanya mengembangkan karier perlumbaan bersama pasukan baharu selepas ini.

“Kami berbangga berpeluang bekerjasama dengan Azhar selama 12 tahun. Dia adalah seorang pelumba senior yang pe­ramah dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu pengetahuan,” jelasnya.

Sebagai rekod, Azhar memulakan karier Cub Prix pada 2007 menerusi perlumbaan Yamaha Super Series sebelum secara rasminya menyertai barisan pelumba YY Pang Racing tiga tahun kemudian.

Penghijrahan itu membawa tuah apabila Azhar berjaya menghadiahkan gelaran juara kategori Wira kepada pasukan YY Pang Racing pada tahun yang sama.

Sejak itu, Azhar dan YY Pang Racing berkembang dengan melangkah menyertai kategori CP 115, CP 130 dan CP 150 selain pernah melakar beberapa kejayaan serta meraih pelbagai kedudukan podium sepanjang tempoh 12 tahun tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI