fbpx

Tekad Da Sylva mahu selesaikan misi bersama The City Boys

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DA SYLVA (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC, Stanley Bernard selepas menandatangani kotrak bersama The City Boys pada saingan Liga M musim ini.

PASUKAN Kuala Lumpur United FC (KLUFC) terus ghairah me­lakukan persiapan terbaik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas mengesahkan kehadiran penye­rang import, Dominique Da Sylva semalam.

Sebagai rekod, nama Da Sylva yang juga penyerang antarabangsa Mauritania bukan asing dalam kancah Liga M apabila mewakili pasukan Terengganu FC (TFC) musim lepas.

Selepas skuad TFC enggan menyambung kontraknya, Da Sylva enggan menoleh ke belakang selain berazam untuk menggunakan peluang mewakili skuad The City Boys dengan sebaiknya.

“Saya masih ada misi yang masih belum selesai dalam kancah Liga M kerana saya tahu prestasi diri masih lagi boleh diperbaiki. Secara jujur, saya tidak puas ketika bersama TFC musim lepas apabila kekurangan perlawanan ekoran pandemik Covid-19.

“Kini saya berazam untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh KLUFC kerana mereka memiliki projek jangka panjang dan saya optimis dapat memberikan sumbangan penting musim ini.

“Namun, semua pemain perlu bekerja keras kerana saingan Liga Super tidak mudah seperti ketika bergelar naib juara Liga Premier musim lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Da Sylva sememangnya memiliki reputasi hebat di atas padang selain dianggap sebagai salah seorang penyerang import berkualiti pada saingan Liga Super musim lepas selepas menja­ringkan sembilan gol daripada 11 perlawanan.

Malah, Da Sylva turut pernah menjuarai saingan Liga Juara-Juara Afrika sebanyak dua kali ketika mewakili kelab gergasi Mesir, Al Ahly pada tahun 2012 dan 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI