fbpx

Situasi dua tonggak resahkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (kiri) mungkin berdepan masalah kecederaan otot ketika aksi menentang Villa awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak menolak kemunginan pemain tengahnya, Kevin De Bruyne berdepan kecederaan otot ketika menang 2-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Belgium itu dikeluarkan pada minit ke-59 dan digantikan dengan Gabriel Jesus, sekali gus mengundang resah Guardiola menjelang perlawanan akan datang.

Lebih malang, sebelum De Bruyne dikeluarkan, skuad The Citizens itu juga terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Kyle Walker yang turut mengalami kecederaan pada minit ke-28.

“Saya belum bercakap lagi dengan doktor pasukan. Kyle (Walker) meminta dia dikeluarkan kerana rasa tidak selesa pada kakinya, saya harap ia bukan kecederaan serius.

“Sementara Kevin (De Bruyne) dilihat memegang kakinya, mungkin ia hanya kecederaan otot. Bagi saya, ia perkara biasa dalam perlawanan seperti ini,” kata Guardiola.

Pada perlawanan itu, City menjaringkan dua gol menerusi Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan dan Guardiola gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pasukannya ketika ini.

“Bagi saya, kami bermain semakin baik selepas memulakan saingan musim ini dengan sukar. Saya gembira kerana kami semakin hampir dengan kedudukan teratas liga,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI