BANDAR RAYA NEW YORK – Selebriti dan model popular, Gigi Hadid akhirnya mendedahkan nama anak perempuannya selepas empat bulan bergelar ibu, lapor akhbar Daily Mail hari ini.
Nama anak sulung hasil hubungan bersama penyanyi, Zayn Malik itu diketahui apabila Hadid senyap-senyap mengemas kini profil Instagram menjadi ‘Khai’s mom’ yang bermaksud ibu kepada Khai.
Hadid, 25, sebelum ini sangat berahsia tentang puterinya itu dan belum pernah mendedahkan wajah bayi tersebut untuk tatapan peminat.
Terdahulu, ramai yang meneka nama anak pasangan ini ialah Dorothea sempena lagu ciptaan rakan baik mereka, Taylor Swift dalam album terbaharunya.
Nama Khai dipercayai diinspirasi daripada nama tengah adiknya, Bella Hadid yang memiliki nama penuh Isabella Khair Hadid. – Agensi