fbpx

Janna 1, netizen 0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA Nick

PETALING JAYA – Selepas menerima kecaman hebat daripada netizen mengenai video dukung bersama teman lelakinya, pelakon Janna Nick memberitahu dia tidak kisah dengan segala perkara negatif yang dilempar kepadanya.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia menganggap kecaman netizen yang diterimanya tidak seteruk dugaan lain yang pernah dihadapinya.

“Awak ingat saya kisah ke awak kecam-kecam saya. Setakat kecam dalam media sosial ini apalah sangat.

“Banyak lagi dugaan lagi teruk daripada kena kecam dengan ‘jin masauth’. Janna 1, netizen 0,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Dalam pada itu, meninjau dalam ruangan komen, pelakon drama Mona itu turut membalas komen netizen yang menempelak kapsyen Instagramya.

“Sebab kau tengah rasa diri berada di atas. Satu hari nanti jangan terduduk sebab kata-kata sendiri,” tulis seorang individu bernama @zikryzainz.

Balas pengacara Melodi itu: “Kau tegur elok-elok, lepas itu jangan paksa orang terima pendapat kau.

“Bukan masalah siapa di atas atau di bawah, nak berlagak buat apa, kita ni manusia biasa dan sama-sama ada dosa.

“Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira lepas itu negatif tidak tentu pasal.

Istilah kecam ini bukan untuk orang yang tegur elok-elok, kalau yang tegur elok kita panggil nasihat,” balas Janna.

Terdahulu, Janna menerima kecaman hebat daripada netizen selepas kekasihnya, Dini Schatzman mendukungnya dalam satu video yang dikongsinya baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI