KUALA LUMPUR – Focus Dynamics Group Bhd. (Focus Dynamics) telah menubuhkan Focus Medicare Sdn. Bhd. (Focus Medicare) sebagai usaha syarikat untuk menyediakan platform digital bagi produk penjagaan kesihatan terkawal atau over the counter.
Ia juga seiring dengan perancangan strategik syarikat untuk menggabungkan keseluruhan rangkaian produk penggguna berasaskan makanan.
Pengarah Eksekutif Kumpulan, Benson Tay berkata, sebagai tambahan untuk membekalkan produk perubatan asas OTC seperti sarung tangan nitril pakai buang, sanitasi berasaskan minyak tumbuhan organik dan pelitup muka pakai buang, Focus Medicare bakal menawarkan suplimen makanan berasaskan organik dan semulajadi dalam barisan pengeluaran produknya.
“Focus Medicare akan mempercepatkan pembangunan ePharmacies iaitu farmasi automatik dan aplikasi mudah alih pemantauan kesihatan.
“Ia merupakan perkhidmatan platform inovatif yang menyediakan akses kepada pelanggan untuk mendapatkan bekalan barangan kesihatan dan perubatan,” katanya dalam kenyataannya di sini.
Tay menerangkan, Kumpulan juga akan bekerjasama dengan rakan berpotensi untuk membangunkan industri produk penjagaan pelindung khusus seperti sarung tangan getah, pelitup muka dan sanitasi untuk industri makanan dan minuman.
“Ia seiring dengan keperluan semasa yang menjadi norma baharu masyarakat,” jelasnya.
Selain itu, Tay menjelaskan, segmen penjagaan kesihatan dan kebersihan kini menjadi fokus utama pelanggan.
Ini dapat dilihat sejak sembilan bulan yang lalu bahawa industri makanan dan minuman juga turut berubah ke arah norma baharu tersebut.
Perubahan ini adalah seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan produk yang bersih dan sihat.
.