fbpx

Festival TGR musim keempat ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMW Toyota Motor (M), mengumumkan penundaan pusingan 1 Musim keempat bagi Toyota Vios Challenge.

PETALING JAYA – Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) musim keempat yang dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 30 Januari ini di Litar Antarabangsa Sepang telah ditunda.

Menurut UMW Toyota Motor (M), pihaknya mengumumkan penundaan pusingan 1 Musim keempat bagi Toyota Vios Challenge.

Katanya, penundaan itu berdasarkan perkembangan terbaru pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan bermula 13 Januari 2021 yang dikenakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan dan kini telah dilanjutkan hingga 4 Februari 2021.

“Dukacita juga dimaklumkan bahawa tarikh baru bagi Pusingan 1 tersebut masih belum dapat ditentukan.

” Bagaimanapun, kami sentiasa berhubung rapat dengan Kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan dalam memantau perkembangan pemulihan daripada peningkatan kes harian yang berlaku ketika ini.

” Kami berharap dapat memulakan musim perlumbaan terbaru ini secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dalam usaha untuk bersama-sama meratakan lengkung penyebaran pandemik COVID-19 pihaknya menyedari kesan terhadap negara seperti yang sedang hadapi ketika ini.

“Perlumbaan tersebut perlu dan akan diteruskan, tetapi tidak sehingga kita bersama-sama berhasil membendung ancaman Covid-19 agar keselamatan semua orang termasuk pelumba, ahli pasukan, pegawai bertugas, penonton serta semua pihak berkepentingan yang lain terjamin,” tambahnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI