fbpx

CN Asia berminat sertai  Skymind Project

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR –  CN Asia Corporation Bhd. (CN Asia) berminat untuk menyertai projek usaha sama dengan ACME Holding Bhd. (ACME) bagi  projek terbaharunya, Skymind Project.

Skymind Project atau lebih dikenali sebagai Skymind Intelligent Systems Sdn Bhd adalah syarikat usaha sama antara ACME dengan Skymind Holdings Bhd. (Skymind) dan Java Multimedia Sdn Bhd (Java Multimedia) bagi pengeluaran peranti perkakasan untuk penyelesaian kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Eksekutif CN Asia, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah berkata, syarikat juga berminat untuk melanggan 20 peratus saham private placement dalam ACME.

“Skymind Project akan membangunkan era peranti pengkomputeran canggih dan  membawa negara kearah transformasi digital melalui inovatif dan penggunaan AI yang lebih meluas, penyebaran data, promosi dan pembangunan perniagaan,”  katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Tengku Shamsulbhari, Skymind Project akan memberi manfaat kepada pengguna seluruh negara kerana ia berasaskan penyebaran AI di premis dengan jaminan keselamatan yang tinggi.

Tambah beliau, penubuhan Skymind Project juga adalah hasil daripada pertumbuhan permintaan pelanggan untuk menambah baik prestasi dan keselamatan apabila mengakses aplikasi digital.

Tambah beliau, ia juga menunjukkan betapa pentingnya sumber pengkomputeran tersebut apabila teknologi 5G dilaksanakan tidak lama lagi.

“Perjanjian usaha sama dan kerjasama antara ACME dengan  Skymind dan Java Multimedia adalah seiring dengan strategi korporat syarikat untuk mencari peluang perniagaan baharu bagi meningkatkan nilai pulangan pelaburan pemegang saham,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI