fbpx

Bekas isteri jumpa kekasih, saya jaga anak – Keith Foo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEITH FOO

BIARPUN sudah tidak lagi bergelar suami kepada model terkenal Kim Raymond selepas bercerai Disember tahun lalu, pelakon Keith Foo memaklumkan hubungannya dengan bekas isteri tetap harmoni.

Hal ini kerana, walaupun ikatan sebagai suami isteri sudah terlerai, mereka tetap merupakan ibu dan bapa kepada anak, Skylar Raymond Foo yang kini memasuki usia tiga tahun.

Ingin aktif semula dalam bidang lakonan untuk tahun 2021 yang masih berstatus hijau, Keith atau nama lengkapnya, Foo Chuan Chin berkongsi hasrat untuk membuang semua tatu di bahagian badannya yang berbaki 80 peratus.

SELEPAS bercerai, Keith dan bekas isterinya, Kim Raymond tidak pernah gagal menjadi ibu bapa terbaik kepada anak mereka, Skylar Raymond Foo.

HIBGLAM: Bagaimana dengan perkembangan seni terbaharu Keith?
KEITH FOO: Selain gembira menguruskan anak perihal anak, saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama 22 episod berjudul Yang Bakal Mati Ramadan Ini untuk siaran AwesomeTV. Selepas itu saya akan sambung penggambaran untuk drama terbaharu arahan pengarah, Rahila Ali. Judulnya masih belum tahu. Sebelum ini saya jarang muncul dalam televisyen kerana obses dengan kerja sukarelawan bersama St. John Ambulance Malaysia Negeri Sembilan.

Boleh perincikan sedikit sudah berapa lama anda berkecimpung dalam bidang sukarelawan bersama St. John?
Sebenarnya, sudah dua tahun. Saya merupakan salah seorang pegawai. Sepupu saya yang mengajak untuk terlibat sama. Banyak aktiviti menyeronokkan seperti tolong orang yang terkesan dengan bencana banjir dan menderma darah. Kalau tolong orang, kita puas dan rasa ketagih untuk terus buat. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tetap jalankan tugas, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Penyertaan saya dalam aktiviti sebegitu boleh isi waktu sunyi.

MENGAKUI selesa hidup solo, namun hati Keith Foo tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula.

Bercakap tentang sunyi, bagaimana kehidupan anda sekarang selepas bergelar duda?
Saya tidak boleh tipu, rasa sunyi memang ada. Maklumlah, dulu sewaktu bangun tidur, anak di sebelah dan dia sentiasa ada di rumah. Sekarang, semuanya sudah berubah. Namun saya tetap fikir positif, saya berpisah dengan bekas isteri kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih negatif. Maksud saya, kalau terus hidup bersama, namun anak menjadi mangsa apabila terpaksa menyaksikan benda-benda yang tidak elok, itu tidak menyihatkan untuk tumbesarannya.

Nampaknya bekas isteri anda seperti sedang mengenali hati seseorang, anda pula bagaimana?
Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo, namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula. Tentang bekas isteri, saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah. Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri. Kami tetap jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Skylar.

Baiklah, tahun lalu anda ada mendedahkan ingin membuang tatu di bahagian badan, bagaimana dengan prosesnya?
Buat masa sekarang, saya sudah buang lebih kurang 10 peratus. Saya cuma nak jadi ‘clean’. Tak nak susahkan pihak produksi kalau terlibat dengan mana-mana projek drama mahupun filem. Saya nak buang tatu bukan sebab kena paksa tapi atas kerelaan saya sendiri. Mujur sekarang ada teknologi laser. Sakit tetap sakit, rasanya macam kulit terbakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI