fbpx

Bekalan makanan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Selangor memantau bekalan barangan keperluan asas di seluruh negeri ini. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan di pasaran peruncit dan pemborong berada pada tahap stabil dan mencukupi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 747 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit iaitu sebanyak 557, pemborong (164) dan pengilang (26).

“Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,515 pemeriksaan khas Pematuhan presidur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,496 premis mematuhi presidur operasi standard (SOP), lapan premis diberi nasihat, lapan lagi premis dikenakan amaran manakala tiga premis dikompaun atas sebab ingkar SOP,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI