fbpx

29 individu dikompaun gagal patuhi SOP 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adzli memantau SJR di Bedong selepas PKP dikuatkuasakan di Kedah tengah malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seramai 29 individu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dari 13 Januari lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua individu berusia antara 25 hingga 45 tahun itu ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sini.

Menurutnya, penahanan pertama membabitkan dua lelaki tempatan dan empat warga asing di sekatan jalan raya (SJR) pada hari pertama pelaksanaan PKPB kerana gagal mengemukakan dokumen diri.

Katanya, tangkapan kedua membabitkan seramai 19 individu di sebuah pusat hiburan di Taman Mutiara Indah di sini pada 19 Januari lalu manakala tangkapan ketiga pada tarikh sama membabitkan empat individu di sebuah kedai gunting rambut di sini pada pukul 1.45 pagi.

“Individu terbabit ditahan selepas didapati melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APDPPB) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Selain dikenakan kompaun RM1,000 mengikut APDPPB, polis turut melakukan siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6, Enakmen Hiburan,” katanya.

Adzli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memantau SJR di Bedong di sini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula tengah malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI