fbpx

Search santuni ‘frontliner’ agih makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasir (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan makanan kepada pasukan keselamatan yang mengawal SJR di Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor hari ini.

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Prihatin dengan kerja keras tanpa mengira hujan dan panas bagi mengawal penularan Covid-19 mendorong kumpulan rock terkenal, Search menyantuni petugas barisan hadapan di sekitar bandar raya ini.

Pemain gitaris Search, Nasir Daud berkata, dia bersama rakan-rakannya yang merupakan pemilik restoran bersatu hati mengumpul dana bagi menyumbangkan makanan dan minuman kepada anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta jururawat.

“Hati saya tersentuh dengan kepayahan petugas keselamatan yang mengawal lalu lintas ditengah panas dan juga para jururawat di pusat kuarantin.

“Justeru saya bersama rakan-rakan mencari dana untuk menyumbang kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesiapsiagaan mereka dalam mengekang Covid-19,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nasir, 61, berkata, seramai 10 peserta yang terdiri daripada pemilik restoran serta petugasnya seperti Restoran Lok Lok, Restoran Alif, Fulltank JB dan Plaza Corner menjadi sukarelawan program tersebut.

“Kami berusaha menggerakkan inisiatif ini bermula hari ini sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Orang perseorangan atau mana-mana pemilik restoran yang ingin menyumbang boleh menghubungi pemilik Restoran Fulltank JB, Bard di talian 018-7755935. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI