PETALING JAYA – Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Johor, Kelantan dan Sabah sehingga 4 Februari 2021.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh tersebut diseragamkan dengan tempoh PKP di seluruh negara yang diumumkan baru-baru ini kecuali Sarawak. – K! ONLINE