Selepas kecoh cerita dia didakwa didampingi golongan kelas atasan dan kenamaan, Reen Rahim sekali lagi menarik perhatian dengan beberapa video dalam Instagramnya.
Kali ini bukan video panas tetapi rakaman dia sedang mengaji bersama ibunya sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Memang kelakar melihat perangai Reen ketika diajar mengaji oleh ibunya.
Dalam video berkenaan, ibunya membetulkan bacaan Reen sekiranya dia salah sebutan. Lebih lucu, kelihatan juga bapanya yang memerhatikan anaknya itu mengaji sambil memegang penyangkut baju.
Ada juga babak kelakar ketika ibunya menyemburkan ayat pedas berbunyi ‘kalau karaoke tahan ye banyak lagu’. Memang terhibur Mizz Lahar dengan gelagat dua beranak itu.
Rata-rata netizen memuji sikap ibu bapa Reen yang tegas dalam perkara berkaitan agama.
Sesekali dia muat naik video sebegitu, terserlah sisi berbeza pelakon yang sering dikenali sebagai seorang yang berperwatakan gila-gila itu.
Harapnya apa yang dikongsikan Reen menjadi contoh kepada semua. Jangan asyik tahu nak berseronok ya.
MIZZ LAHAR: Sedih bila Shuib kata nak tinggalkan kumpulan Sepahtu. Mesti Pak ya dan Jep pun sedih juga. Selepas ini, lawak-lawak Shuib semua akan jadi kenangan kepada peminat.