fbpx

Messi digantung dua perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kanan) hanya digantung dua perlawanan ekoran kad merah yang diterima ketika menentang Bilbao pada aksi Piala Super Sepanyol sebelum ini. – AFP

BARCELONA – Barcelona bernasib baik apabila kapten mereka, Lionel Messi cuma berdepan penggantungan dua perlawanan selepas menerima layangan kad merah pertama dalam karier bersama gergasi Sepanyol itu.

Bagaimanapun, The Catalan dilaporkan masih boleh mengemukakan rayuan untuk hukuman lebih ringan kepada Messi, 33, yang diarahkan keluar padang sewaktu final Piala Super Sepanyol menentang Athletic Bilbao pada 18 Januari lalu.

Penggantungan dua perlawanan itu menyaksikan Messi tidak dapat diturunkan menentang pasukan divisyen dua, UE Cornella pada pusingan kelima Piala Raja Sepanyol di Stadium Municipal de Cornella awal pagi esok.

Pemenang enam AnugerahBallon d’Or itu juga bakal terlepas aksi La Liga bersama Barcelona yang akan bertandang ke Estadio Martínez Valero di Valencia menentang Elche pada 24 Januari ini.

Hukuman tersebut dilihat melegakan ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman yang hanya kehilangan Messi dalam tempoh singkat dan masih boleh menggunakan khidmat pemain-pemain lain untuk menggantikan tempatnya dalam dua aksi itu.

Ia bermakna Messi dijangka kembali membarisi kesebelasan utama Barcelona untuk membalas dendam ke atas Bilbao menjelang pertemuan kedua-dua pasukan kali ini dalam saingan La Liga di Camp Nou pada 1 Februari ini.

Sebagai rekod, Barcelona kini menduduki tangga ketiga La Liga dengan mengumpul 34 mata, ke­tinggalan tujuh mata di belakang Atletico Madrid yang masih boleh melebarkan penguasaan mereka sebagai pendahulu liga kerana memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN