fbpx

Lima kumpulan sasar Pulau Pinang dapat bantuan one-off

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bantuan one-off membabitkan peruntukan RM10 juta hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri mengumumkan bantuan one-off kepada lima kumpulan sasar membabitkan peruntukan kira-kira RM10 juta daripada Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan Covid-19) Fasa 3 berjumlah RM20 juta.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia melibatkan kumpulan sasar pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak dan kos operasi yang terpaksa ditanggung ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menurutnya, dianggarkan seramai 14,712 peniaga akan menerima manfaat peruntukan sebanyak RM7,356,000 berupa bantuan khas one-off RM500.

“288 penarik beca turut dikenal pasti menerima RM200 dengan peruntukan RM57,600 dan RM500 kepada 462 pengusaha kantin sekolah melibatkan peruntukan RM231,000.

“Selain itu, seramai 2,929 peniaga berlesen dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dikenal pasti menerima bantuan kewangan RM500 daripada peruntukan RM1,464,500.

“Sebanyak RM30,000 diberikan kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Kerajaan negeri, ADUN angkat, Pegawai Penyelaras KADUN dan Pegawai Penyelaras Khas Parlimen untuk disalurkan kepada rakyat membabitkan peruntukan RM1,770,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, bantuan bagi membantu rakyat yang terjejas ketika PKP berkenaan secara keseluruhannya membabitkan peruntukan sebanyak RM10,879,100.

Ia merupakan tambahan kepada RM155.5 juta yang telah diperuntuukan dalam Pakej Bantuan Khas 1.0, 2.0 dan 2.1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI