fbpx

Kanak-kanak berbasikal dikompaun tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kanak-kanak berbasikal dan kompaun yang tular di laman sosial.

KUALA LANGAT – Gambar tular berhubung dua kanak-kanak berbasikal dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizam Tukiman berkata, perkara itu telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab dalam memberikan gambaran pihak polis mengambil tindakan kepada sesiapa tanpa sensitiviti serta pendekatan budi bicara semasa menangani isu Covid-19.

“Isu itu tidak benar kerana kompaun dikenakan terhadap individu lain pada Isnin lalu yang tidak memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal mengikut Akta 432.

“Selain itu, individu tersebut tiada kaitan dan bukan penjaga kepada dua kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di laman sosial menyatakan seorang bapa disaman kerana membiarkan kanak-kanak yang bermain basikal tidak memakai pelitup muka dalam kejadian dikatakan berlaku di Telok Panglima Garang di sini.

Kata Azizan, gambar pegawai polis bersama dua kanak-kanak itu adalah isu berlainan semasa rondaan pencegahan jenayah di kawasan taman perumahan.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan rasa ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam.

“Perlakuan ini adalah satu jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memastikan kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menyebarkan perkara yang tidak sahih,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI