WASHINGTON – Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Ke-46 pagi ini dan berikrar ‘hari baharu’ untuk Amerika selepas situasi tidak menentu dan penuh kontroversi selama empat tahun di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua minggu selepas penyokong Trump bertindak ganas menceroboh bangunan Capitol untuk mengubah keputusan pilihan raya , Biden menaiki anak tangga yang sama bersama Kamala Harris yang merupakan wanita pertama dipilih menjadi Naib Presiden AS.
“Ini adalah hari baharu untuk Amerika,” kata Biden terdahulu menerusi laman Twitter.
Biden yang berusia 78 tahun menjadi Presiden paling tua dalam sejarah AS. Beliau mengambil alih teraju kepimpinan ketika negara berdepan cabaran amat besar termasuk pandemik Covid-19 yang meragut 40,000 nyawa di AS. – AFP