fbpx

HRPB sedia beri kerjasama bantu siasatan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang terjun dari tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh semalam.

IPOH – Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes kakitangannya yang ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan hospital tersebut semalam.

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, siasatan mendapati, mangsa adalah pembantu perawatan kesihatan (PPK) dan bertugas waktu pejabat daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari kejadian.

“Pihak HRPB berdukacita dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mendiang.

“Mendiang bukan sahaja kakitangan yang disenangi rakan setugas malah tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang berkhidmat,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, semua pihak diminta menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat tidak tepat atau palsu.

“Pihak hospital menggalakkan petugas-petugas untuk mendapat sokongan emosi sekiranya perlu.

“Mereka boleh berhubung dengan pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) yang bertugas menerusi dalam talian untuk mendapatkan bantuan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI