fbpx

Hadi Fayyadh sah sertai Azul Claro Numazu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HADI FAYYADH (kanan) diumumkan sebagai pemain baharu kelab J3 Jepun, Azul Claro Numazu di Pusat Latihan Azul Clara Nazumu di Wilayah Shizuoka semalam.

PENYERANG skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak diumumkan sebagai salah seorang pemain baharu pasukan Liga J3 Jepun, Azul Claro Numazu untuk saingan musim 2021.

Pada majlis yang berlangsung di Pusat Latihan Azul Clara Nazumu di Wilayah Shizuoka, Hadi yang baru berusia 21 tahun diberi penghormatan untuk menggunakan jersi No. 27.

Kata Hadi, No. 27 diharap dapat memberi lebih tuah buatnya dalam usaha merebut tempat dalam skuad utama pasukan selepas dipinjamkan daripada kelab Fagiano Okayama.

“Saya rasa No. 27 lebih simbolik kerana sebelum ini menggunakan No. 28 bersama Okayama. Malah, nombor ini turut dica­dangkan oleh Hiroshi Hamada (bos Yakult Malaysia) kerana dipercayai akan menjadikan saya lebih baik musim ini.

“Bagaimanapun, apa yang penting, saya mahu bekerja keras dalam misi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Ini adalah tahun ketiga saya di Jepun dan saya harap musim ini dapat memberi lebih tuah buat saya dalam usaha mencuri minit permainan sebanyak mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bersama Okayama sejak Disember 2018 dan muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang mendapat kontrak profesional di Jepun.

Bagaimanapun, Hadi masih gagal membuat sebarang kemunculan kompetitif bersama pasukan Okayama yang bersaing dalam kancah Liga J2, selain ha­nya beraksi bersama skuad remaja pasukan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI