fbpx

Dahulu jurufoto kini pelukis mural

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIMI menunjukkan salah satu mural yang dihasilkannya untuk sebuah sekolah di Tampin.

TAMPIN – Seorang lelaki yang sudah 10 tahun menawarkan ­khidmat sebagai jurugambar pada majlis konvokesyen dan pelbagai majlis lain kini bertukar bidang bergelar pelukis mural.

Suhaimi Sabli berkata, dia bersyukur mempunyai kemahiran me­­lukis untuk mencari rezeki di kala khidmatnya sebagai seorang jurugambar semakin berkurangan sejak Mac tahun lalu.

Menurutnya yang menetap di Kampung Dusun di sini, hampir empat bulan pertama selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, dia nekad mengambil upah menoreh getah di kebun kakak iparnya.

“Saya ada enam orang anak dengan lima daripadanya masih lagi bersekolah. Jadi, saya harus bekerja mencari nafkah buat keluarga dan mula menoreh getah buat pertama kali.

“Masa tu harga getah sekerap RM1.80 sekilogram, dapat RM30 sehari pun susah. Lepas tu, melalui seorang rakan, dia membuka peluang untuk saya melukis mural di sekolah pada Ogos tahun lalu dan saya sangat bersyukur dengan peluang ini,” katanya ketika ditemui di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin, dekat sini semalam.

LUKISAN mural Suhaimi mendapat perhatian sekolah-sekolah yang menggunakan perkhidmatannya sekitar Negeri Sembilan.

Suhaimi yang merupakan anak jati Kuala Kangsar, Perak berkata, kebanyakan rakan ­jurugambarnya telah pun bertukar bidang menjadi penghantar makanan dan ada juga menawarkan khidmat pengangkutan e-hailing.

Menurutnya, walaupun pendapatan yang diperolehnya tidak seperti dahulu iaitu ketika bergelar jurugambar kepada enam buah syarikat serta menyer­tai pameran lukisan, dia bersyukur rezekinya masih ada.

“Ada yang terus hilang pekerjaan dan ini sememangnya amat sukar untuk dihadapi. Saya juga sejak Mac lalu tidak dapat mempamerkan lukisan di mana-mana galeri akibat Covid-19.

“Sejak kembali aktif melukis dari tahun 2015, sudah lebih 10 lukisan berharga lingkungan RM4,000 ke RM8,000 dijual dan saya juga pernah memenangi tempat pertama lukisan semasa menyertai pameran di Galeri Shah Alam tahun 2018 lalu.

Menurutnya yang merupakan lulusan Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer Cosmopoint berkata, kali pertama dia me­nerima tugasan melukis enam mural di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin dari Ogos hingga ­Oktober.

Orang ramai yang berminat untuk melihat hasil lukisan Suhaimi boleh melihatnya di laman sosial Facebook melalui akaun SuhaimiSabli Suhaimi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI