fbpx

36 calon SPM, STPM Sabah dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masidi

KOTA KINABALU – Seramai 36 pelajar bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah disahkan dijangkiti Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19, Datuk Masidi Manjun berkata, semua kes berkenaan dikenalpasti menerusi ujian saringan sebelum pelajar dibenarkan kembali ke asrama untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.

Beliau berkata setiap pelajar melalui ujian saringan terbabit sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam.

“Seramai 36 pelajar SPM dan STPM sudah disahkan dijangkiti Covid-19 setakat 20 Januari.

“Saringan balik ke asrama ini dilaksanakan bermula 16 Januari lalu.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah bagi memudahkan pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 Sabah malam tadi.

Dalam pada itu, Masidi menyatakan masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah yang masuk hari kelapan semalam.

Menurut beliau, gambaran sebenar sama ada PKP memunjukkan keberkesanan atau tidak hanya akan diketahui selepas 10 hari arahan itu dikuatkuasakan.

“Kes jangkitan di Sabah ketika ini adalah susulan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lemah dalam kalangan rakyat sebelum PKP dilaksanakan dan hal ini dapat disaksikan menerusi penurunan kadar peratusan pematuhan SOP di setiap daerah.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan trend peningkatan kes jangkitan di Sabah dalam beberapa hari ini berpunca daripada keputusan ujian saringan secara besar-besaran yang dijalankan oleh PERKESO ke atas pekerja kilang terutama di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistrine Radin menyatakan langkah pencegahan sudah diambil bagi memastikan tiada pelajar yang dijangkiti Covid-19 berada di dalam asrama sekolah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI