PETALING JAYA- Pegawai dan kakitangan Kumpulan Prasarana di bawah kategori B yang mempunyai kontak rapat dengan Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diarahkan menjalani ujian calitan Covid-19 hari ini.
Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan Kumpulan Prasarana, pekerja tergolong kategori C pula diletakkan dalam kuarantin di rumah selama 10 hari sehingga 29 Januari atau disahkan negatif.
“Tajuddin memasuki pejabat pada Isnin untuk satu mesyuarat dengan beberapa pegawai kanan.
“Beliau juga masuk untuk satu mesyuarat pagi semalam dan terus ke hospital untuk ujian sejurus mengetahui Ahli Parimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz positif Covid-19,” katanya di sini. – K ONLINE