fbpx

Sesi persekolahan Pasti ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Sesi persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di seluruh negara yang dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan sehingga 4 Februari depan.

Pemakluman itu dikeluarkan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam satu kenyataannya malam tadi.

Dalam kenyataan itu, Ketua DPPM, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, keputusan penangguhan saat akhir itu dibuat melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian bersama Jabatan Pasti Malaysia malam tadi.

Katanya, langkah itu diambil susulan kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak, semalam.

“Sesi persekolahan ini terpaksa ditangguhkan memandangkan semua negeri, kecuali Sarawak kini berada dalam tempoh PKP.

“Kita juga mengambil kira faktor perkembangan kes Covid-19 yang dilihat semakin meningkat dan penularan wabak ini,” katanya.

Tambahnya, keputusan itu juga mengikut maqasid syariah iaitu memelihara nyawa berbanding keutamaan lain.

“Bagaimanapun, operasi pembelajaran Pasti akan diteruskan melalui pembelajaran secara dalam talian atau rakaman audio visual.

“Pembelajaran juga boleh diteruskan melalui pengedaran bahan pembelajaran bercetak atau mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya.

Katanya, keputusan itu akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini pandemik Covid-19 dan arahan kerajaan pusat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI