fbpx

Minyak masak cukup di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP Kelantan sentiasa menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bekalan minyak masak sentiasa cukup untuk keperluan pengguna.

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Kelantan memberi jaminan bekalan minyak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Adnan Abdul Rahman berkata, selain itu, harga bahan mentah itu turut dikawal bagi memastikan tidak berlaku kenaikkan melebihi harga siling.

Menurutnya, berdasarkan kepada pemantauan yang dijalankan oleh KPDNHEP Kelantan, harga minyak masak peket bersubsidi seberat satu kilogram (kg) tetap dijual pada harga RM2.50.

“Bagi harga minyak masak botol seberat lima kg pula, ia dijual pada harga RM24 sehingga RM27.

“Setakat ini, hanya minyak masak peket seberat satu kg sahaja yang dikawal oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adnan, peniaga dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan dan sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan setiap masa.

Katanya, pengguna juga diingatkan supaya membuat pembelian secara berhemah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI