fbpx

Mayat wanita ditemui berhampiran tempat pembuangan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui terlentang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya sebentar tadi. Foto: Ihsan IPD Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji memaklumkan terdapat kesan lebam pada mata serta muka mayat wanita ditemui terbaring berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya malam tadi.

Katanya, emeriksaan secara fizikal ke atas mayat mangsa mendapati ada kesan lebam di bahagian muka dan mata si mangsa.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan lengkap daripada forensik untuk mengetahui sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Back To School di Maktab Sabah hari ini.

Mengulas lanjut, Habibi menyatakan laporan doktor yang menjalankan pemeriksaan didapati mangsa dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayat itu ditemui.

“Identiti mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu masih belum dikenalpasti dan dipercayai bukan warga tempatan kerana tiada suntikan BCG pada lengan wanita terbabit.

“Oleh itu, kita meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga wanita diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Habibi berkata, setakat ini mayat mangsa ditempatkan di bilik mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi tujuan bedah siasat.

Terdahulu, Kosmo melaporkan penemuan mayat seorang wanita lengkap berpakaian kira-kira pukul 7 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI