fbpx

Kerja keras Aubameyang berhasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBA (kanan) meledak dua gol untuk membantu Arsenal menewaskan Newcastle pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji impak yang diberikan oleh kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang yang berjaya meledak dua gol untuk membantu merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Kata Arteta, penyerang utama The Gunners itu harus menjadikan dua gol tersebut sebagai pemangkin semangat untuk tampil lebih cemerlang dalam usaha membantu pasukan mengharu­ngi baki saingan musim ini.

“Aubameyang tidak menjadikan masalah prestasi semasa sebagai alasan untuk terus kekal bekerja keras dalam misi mencari gol. Dia sepatutnya mendapatkan jaringan pada babak pertama selepas meraih banyak peluang keemasan.

“Namun, dia kekal fokus dan pada babak kedua sehingga berjaya menjaringkan dua gol. Jus­teru, kami semua sangat gembira dengan prestasinya dan mahu momentum ini diteruskan,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Dalam perkembangan sama, Arteta turut berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan oleh pemain tengah kelahiran Ghana, Thomas Partey apabila kembali diletakkan dalam kesebelasan utama selepas dibelenggu kece­deraan sebelum ini.

“Partey merupakan jeneral di posisi tengah kami dan saya sangat gembira apabila dia kini sudah cergas sepenuhnya. Meskipun tidak dapat menamatkan saingan selama 90 minit, dia tetap memberi sumbangan dengan mencipta peluang jaringan buat Aubameyang.

“Malah, dua pemain muda kami, Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe turut wajar mendapat pujian dan saya percaya prestasi mereka akan terus meningkat dengan kemenangan yang dilakar kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI