fbpx

Kawasan tempat letak kereta berhampiran Taman Negara Kinabalu runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan tempat letak kereta berhampiran simpang masuk ke Taman Negara Kinabalu yang terjejas akibat tanah runtuh awal pagi tadi. Foto: Ihsan JKR-

RANAU – Kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Taman Negara Kinabalu, Kundasang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh berlaku awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi terbabit.
Kejadian berkenaan juga tidak menjejaskan laluan utama Jalan Ranau – Tamparuli.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada pukul 7.15 pagi tadi sebelum melaksanakan pemantauan segera pihak polis dan syarikat konsesi.

“Tanah runtuh hanya berlaku dikawasan berhampiran simpang memasuki Taman Negara Kinabalu sepanjang 150 meter dengan 100 meter keluasan lebar dan dipercayai ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari ini.

“Namun kita sudah membuat penutupan kawasan terlibat untuk tindakan susulan,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mac Glen menyatakan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada tadi tidak melibatkan penempatan penduduk kampung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI