fbpx

Jangan terpedaya iklan tawaran khidmat berkaitan lesen memandu dan LKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Orang awam diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang iklan tawaran khidmat berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan di media sosial.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, pihaknya mengesan wujud iklan tawaran penukaran nama geran tanpa pemilik asal di laman sosial.

Malah, katanya, ada juga tawaran untuk membuat lesen memandu asal tanpa perlu ujian dan khidmat memperbaharui cukai jalan tamat tempoh tanpa perlu ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

“Kami mengambil berat isu tular yang disebarkan melalui media sosial itu dan orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan berkenaan.

“JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan lesen memandu, LKM dan tukar hak milik kenderaan yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah.

“JPJ juga telah membuat laporan polis dan aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

Aduan boleh disalurkan menerusi http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI