fbpx

Hanya tiga aktiviti dibenarkan di masjid, surau Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) hanya membenarkan tiga aktiviti keagamaan dijalankan di masjid dan surau di negeri ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini hingga 4 Februari depan.

Pengarahnya, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, aktiviti yang perlu dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat itu adalah solat berjemaah, solat Jumaat serta pengurusan dan solat jenazah.

Katanya, masjid dan surau hanya akan dibuka sejam sebelum waktu solat dan sejam 30 minit sebelum waktu solat Jumaat serta akan ditutup selepas solat disempurnakan kecuali pengurusan jenazah (bukan Covid-19) dan solat jenazah.

“Bilangan jemaah bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah di masjid negeri, kariah dan surau dibenarkan maksimum 50 ahli kariah (tidak termasuk pegawai dan jawatan kuasa masjid/surau).

“Bilangan jemaah bagi melaksanakan solat fardu berjemaah hanya dibenarkan kepada pegawai dan jawatan kuasa masjid atau surau sahaja dengan tidak melebihi lima orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, aktiviti lain termasuk program keagamaan dan majlis ilmu seperti ceramah, kuliah, kelas agama, tazkirah sebelum Jumaat dan sebagainya dalam skala kecil atau besar adalah tidak dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI