fbpx

Dua kematian pesakit Covid-19 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Dua lagi kematian membabitkan pesakit positif Covid-19 dilaporkan di negeri ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 53 kes setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kematian melibatkan dua lelaki warga emas berusia 71 dan 72 tahun yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, buah pinggang kronik, sakit jantung dan darah tinggi.

Katanya, sebanyak 368 kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan dengan 44 daripadanya melibatkan empat kluster baharu yang dikenal pasti.

“Tiga kluster baharu yang dikesan itu ialah Kluster Jalan Taruka di Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Kluster Taman Sayong Pinang (Kota Tinggi) dan Kluster Sri Gading, Batu Pahat.

“Daripada jumlah kes baharu positif Covid-19 itu, 99 kes daripada kluster sedia ada, sebanyak 118 kes saringan kontak rapat dan 106 kes lain-lain saringan Covid-19.

“Sehingga hari ini, kes positif Covid-19 di negeri ini yang melibatkan warganegara sebanyak 7,913 kes manakala kes positif Covid-19 yang membabitkan bukan warga negara sebanyak 5,794 kes,” katanya dalam kenyataan semalam.

Vidyananthan berkata, kes import Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 10 kes termasuk satu kes import luar negara yang dilaporkan di daerah Pontian.

Katanya, setakat ini, jumlah kluster yang masih aktif ialah sebanyak 47 kluster antaranya ialah Kluster Tropika (mukim Tebrau), Kluster Pasir Barat (mukim Plentong), Kluster Tanjung Megah (mukim Serkat), Kluster Kota (mukim Kota Tinggi, Sedili) dan Kluster Jalan Rami (mukim Sg Raya).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Negeri Johor meningkat kepada 14,069 kes. Daripada jumlah itu, 8,210 kes sembuh sepenuhnya manakala 5,806 kes masih dirawat.

Sehingga kini, sebanyak 17 stesen kuarantin telah dibuka melibatkan 13 stesen kuarantin di hotel manakala empat stesen lagi merupakan stesen kuarantin Institut Latihan Awam membabitkan 2,589 buah bilik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI