GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) negeri merampas 14 set bubu naga semasa operasi pada kedudukan kira-kira 1.8 batu natuka barat daya Sungai Kerian dekat sini semalam.
Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed dalam satu kenyataan berkata, menerusi Op Benteng kira-kira pukul 3 petang itu, pihaknya membawa bubu naga yang dirampas tersebut ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban di sini untuk sisatan lanjut.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan iaitu bubu naga.
Dalam pada itu, beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim negeri di talian 04-2626146. – K! ONLINE