fbpx

Akses internet lemah, cabaran PdPR pelajar Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pelajar dan murid Orang Asli mencari rangkaian internet di luar rumah mereka di Kampung Aring 5, Gua Musang.

GUA MUSANG – Akses internet yang lemah di kawasan pendalaman daerah ini menjadi cabaran utama pelajar Orang Asli untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Seorang bapa, Syaimi Hek @ Ab. Hadi, 40, berkata, masalah capaian internet membuatkan tugasan kerja sekolah yang diberikan guru tidak dapat dipenuhi pelajar.

“Ekoran itu (masalah internet), agak sukar untuk anak kami menjalani PdPR di rumah sepanjang wabak Covid-19 ini.

“Selain itu, ramai juga ibu bapa yang tidak mahir menggunakan aplikasi ditambah terdapat antara mereka yang tidak mempunyai kemudahan seperti komputer riba serta telefon pintar,” katanya
di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) KampungAring 5, Asrul Hussin berkata, ibu bapa Orang Asli juga melahirkan kebimbangan berhubung prestasi
pelajaran anak mereka kerana masalah internet yang sangat teruk meskipun mempunyai kemudahan telefon bimbit.

“Kami tidak dapat akses internet ketika berada di rumah dan terpaksa keluar ke kawasan berbukit di kampung ini untuk mencari internet,” ujarnya.

Sementara itu, Penghulu Aring 5, Raina Anjang berharap pihak kerajaan dapat menambah baik capaian internet dan telekomunikasi di kampung pedalaman Orang Asli.

Katanya, masalah capaian internet dan talian telekomunikasi menyukarkan mereka terutamanya jika ingin melaporkan sesuatu kes kecemasan atau bencana di kawasan kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI