fbpx

55,520 pelajar sambung sesi persekolahan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Yahya Jaafar (kanan) menyembur cecair pembasmi kuman pada tangan pelajar pada hari pertama sesi persekolahan dibuka khusus untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM 2020 di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 55,520 pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Atas kembali menyambung sesi persekolahan secara bersemuka di 270 sekolah menengah di negeri ini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, jumlah itu melibatkan seramai 49,475 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dan 2021, 4,857 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan 1,188 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Katanya, hanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini sahaja dibenarkan bersekolah setakat ini mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan pengawalan penjarakkan fizikal.

“Sesi persekolahan yang dibuka hari ini dibenarkan hanya melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM Mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikenakan.

“Memandangkan jumlah kes mencecah 3,000 kes harian, KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri supaya guru sekolah mengawal operasi sekolah mengikut SOP,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti negeri Johor (KPIBPK), Datuk Yahya Jaafar.

Sehingga kini, semua negeri diperintahkan melaksanakan PKP kecuali Sarawak selepas kes positif Covid-19 meningkat di negeri-negeri terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI