fbpx

Tiger Shroff si Casanova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGER SHROFF

PELAKON Tiger Shroff semakin mencipta nama dalam bidang nyanyian apabila melancarkan single keduanya berjudul Casanova. Sejak Rabu, single berkenaan sudah boleh dilayari menerusi YouTube.

Kemunculan single kedua benar-benar mengujakan bintang filem War itu. Dia berkongsi perkara tersebut dengan peminatnya dalam Instagram dan Twitter.

“Saya sangat teruja untuk memperdengarkan single seterusnya kepada anda semua. Harap anda menyukainya. #Casanova kini dilancarkan secara eksklusif dalam saluran YouTube saya,” katanya.

Rata-rata peminatnya juga memberikan sokongan kepada Tiger. Anak Jackie Shroff itu turut mendapat kata-kata semangat dalam kalangan rakan-rakan selebriti seperti Suniel Shetty, Komal Nahta dan Joginder Tuteja.

Terdahulu, debut nyanyian menerusi Unbelievable berjaya meraih sambutan tinggi bahkan tersenarai dalam carta Billboard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI