fbpx

Semangat Werner makin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER terus gagal meledak sebarang gol dalam 10 aksi liga setakat ini menyebabkan motivasinya semakin merosot. – AFP

LONDON – Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard mengakui bimbang dengan motivasi Timo Werner yang dilihat bergelut dengan keyakinan diri selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa meledak sebarang gol.

Werner, 24, sebelum ini menamatkan kemarau gol 13 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Chelsea dan Jerman menerusi satu jaringan ketika menewaskan Morecambe 4-0 pada aksi Piala FA minggu lalu.

Situasi sama berulang apabila Werner bukan sahaja sekali lagi gagal meledak gol, tetapi prestasinya makin merosot selain gagal menyudahkan peluang dalam situasi satu lawan satu ketika menentang Fulham di Craven Cottage kelmarin.

Kemasukan penyerang yang dibeli daripada RB Leizig bernilai £47.5 juta (RM232.1 juta) itu langsung tidak menghasilkan impak, sebaliknya produk Akademi Chelsea, Mason Mount muncul wira apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Fulham.

“Saya tidak bimbang kerana kebanyakan penyerang terbaik di dunia pernah mengharungi detik sukar seperti Werner.

“Kami semua memberikan sokongan kepada Werner supaya dia kekal positif dan terus berusaha keras dalam sesi latihan ataupun perlawanan sebenar. Saya percaya detik sukar ini akan berakhir,” kata Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI