fbpx

Rasuah polis RM50, pemandu teksi dijel sehari denda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang pemandu teksi yang merasuah RM50 kepada seorang anggota polis September tahun lalu memakan diri apabila dia dihukum penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu selepas tertuduh Beh Por Teik ,56, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lagi enam bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan pilihan, Por Teik didakwa telah secara rasuah memberi suapan wang tunai RM50 kepada Lans Koperal Adam Mohd. Hafiz yang merupakan anggota polis cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Rasuah itu sebagai balasan supaya anggota polis tersebut tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh yang masih dikehendaki (wanted) bersabit laporan Taiping (RPT Taiping).

Difahamkan kes laporan Taping itu berhubung Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kuching di sini pukul 11 pagi pada 16 September 2020 yang didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI