fbpx

Penghantar sambilan dibenarkan beroperasi sepanjang pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan individu yang menggunakan kenderaan persendirian, sama ada kereta atau motosikal bagi penghantaran barangan secara sambilan dibenarkan sepanjang tempoh pendemik Covid-19 ini.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan golongan berkenaan menjana pendapatan sepanjang tempoh pandemik ini.

Beliau berkata, bagi perniagaan membabitkan penghantaran barangan di bawah kategori Lori Pembawa A dan Lori Pembawa C, mereka adalah dikehendaki memiliki lesen pengoperasian.

“Bagi mereka yang sudah mempunyai lesen operasi, lesen perniagaan atau lesen kenderaan perdagangan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial di Sabah dan Sarawak, mereka boleh memohon lesen sementara (LPS).

“Mereka juga boleh melakukan penukaran sementara kenderaan perkhidmatan awam, bagi membolehkan mereka menggunakan kenderaan dengan lesen kenderaan pengangkutan awam sebagai kenderaan pengangkutan barangan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Ka Siong berkata, kaedah peraturan dan permohonan lesen itu boleh didapatkan menerusi agensi berkaitan.

Beliau berkata, industri pengangkutan makanan dan barangan pihak ketiga mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dan membawa kepada faedah sosio-ekonomi kepada rakyat Malaysia khususnya kumpulan B40.

Pada masa sama, katanya, beliau menasihatkan sesiapa yang bekerja sendiri dan bekerja sambilan untuk mendapatkan perlindungan insuran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Mereka yang memandu perlulah sentiasa mengikuti peraturan jalan raya,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI