fbpx

Nelayan bawa syabu naik bot dari Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian Santong (tengah) pada sidang akhbar tangkapan dan rampasan syabu seberat 10.5 kilogram di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,George Town di sini tadi.-Foto NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Tindakan licik dua nelayan membawa bekalan syabu bernilai RM472,500 melalui jalan laut dari Langkawi, Kedah ke negeri ini akhirnya memakan diri apabila diberkas polis di kawasan Jeti Nelayan Sungai Gelugor di sini Ahad lalu.

Suspek iaitu lelaki tempatan dan warga Thailand berusia 52 dan 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut sebaik tiba di jeti berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Bot nelayan yang dinaiki suspek adalah milik warga Thailand yang dipercayai tinggal di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan dilakukan selepas 10 jam suspek menaiki bot ke Pulau Pinang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menemui satu guni berisi 10 bungkusan minuman teh Cina yang mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 10.5 kilogram di bawah longgokan pukat.

“Soal siasat ke atas suspek mengatakan yang mereka baru pertama kali masuk ke Pulau Pinang menggunakan laluan laut dan sebelum itu sesat sehingga ke Tanjung Dawai.

“Suspek bertindak sebagai penghantar dadah dengan upah RM10,000 untuk satu perjalanan. Mereka dikatakan telah menerima bayaran deposit sebanyak RM3,500 dan bakinya ada dibayar kemudian,” katanya pada sidang akhbar di IPD Timur Laut di sini sebentar tadi.

Suspek kini ditahan reman sehingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI