fbpx

Lelaki meninggal dunia semasa kayuh basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azeril (terbaring) tidak sedarkan diri setelah terjatuh dari basikal di jalan besar berdekatan Jambatan Kampung Baru Kuala Dipang di Kampar semalam.

KAMPAR – Seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti berbasikal bersama rakannya maut akibat penyakit jantung di jalan besar berdekatan Jambatan Kampung Baru Kuala Dipang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa, Azeril Sahaharuddin, 44, yang bekerja di Majlis Daerah Kampar itu ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan pada pukul 5.50 petang.

Katanya, mangsa sebelum itu bersama tiga rakan sekampungnya berbasikal dari Batu Karang ke Kampung Baru Kuala Dipang.

“Saksi yang bersama mangsa ketika kejadian memberitahu, setibanya di jambatan tersebut, lelaki itu dipercayai tidak dapat mengawal basikalnya lalu terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurut beliau, adik mangsa memaklumkan yang abangnya itu menghidap penyakit kencing manis dan gout sejak lima tahun lalu selain menjalani rawatan di Hospital Kampar sekali pada setiap bulan.

Katanya, adik mangsa juga memberitahu abangnya tidak mengalami Covid-19 termasuk ahli keluarganya dan tiada dalam Sistem E-Notifikasi dan Sistem E-Covid.

“Bedah siasat telah dijalankan dan mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa dan punca kematian akibat penyakit jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI