fbpx

Kaunter PPZ-MAIWP buka seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 26 Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, waktu operasi kaunter berjalan seperti biasa termasuk Sabtu.

“Bagi hari Isnin hingga Khamis, operasi kaunter bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang manakala Jumaat sesi pagi pada pukul 8.15 pagi sehingga 12.30 tengahari.

“Sesi petang Jumaat akan bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir 4.45 petang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi kaunter pada hari Sabtu minggu kedua, keempat dan kelima pula antara pukul 8.15 pagi hingga 12.45 tengahari.

“Demi memastikan keselamatan pembayar zakat, PPZ-MAIWP sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard ditetapkan seperti urusan bayaran zakat adalah seperti biasa tanpa berjabat tangan.

“Orang ramai juga disarankan memilih saluran bayaran secara atas talian melalui www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet dan juga e-Wallet,” jelasnya.

Sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau email di [email protected]. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI