fbpx

Impian menggunung Sikh Izhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIKH IZHAN sedia mencabar diri untuk bersaing dengan dua penjaga gol senior agar memperoleh minit permainan bersama skuad Selangor FC pada Liga Super musim ini. – SELANGOR FC

BINTANG muda Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad memberikan saingan sihat kepada dua penjaga gol Gergasi Merah untuk meraih peluang minit permainan pada saingan Liga Super 2021 yang akan membuka tirainya 28 Februari ini.

Bagaimanapun, Sikh Izhan, 18, sedar ia bukan satu tugas mudah kerana dua pencabarnya, Mohd. Khairulazhan Mohd. Khalid dan Tauffiq Ar Rasyid Johar berpe­ngalaman luas dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

“Saya bersyukur diberikan peluang keemasan sebegini tetapi saya akui saingan musim ini sangat mencabar kerana saya perlu bersaing dengan dua penjaga gol berpengalaman.

“Saya akan cuba memberikan saingan sihat dan menanti peluang untuk bermain pada Liga Super. Ia mampu menjadi sumber dorongan kepada diri sendiri.

“Pada masa sama, saya mahu memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh daripada dua penjaga gol serta barisan kejurulatihan pasukan,” katanya.

Penjaga gol dari Seberang Jaya, Pulau Pinang itu memulakan karier profesional bersama Selangor 2 pada Disember 2019 dan bermain empat perlawanan pada saingan Liga Premier musim lalu.

Bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari itu tidak seharusnya mensia-siakan peluang keemasan apabila namanya diserapkan dalam skuad utama Selangor yang akan menghadapi saingan Liga Super musim ini di bawah kendalian ketua jurulatih, Karsten Neitzel.

Sebagai rekod, Sikh Izhan yang memiliki ketinggian 180 sentimeter, bermain sebagai bek tengah dan penyerang sebelum bakatnya sebagai seorang penjaga gol dikesan jurulatih penjaga gol Selangor 2, Lim Chuan Chin ketika berusia 10 tahun.

Perubahan posisi itu telah mencorakkan karier Sikh Izhan sehingga terpilih mewakili skuad bawah 16 tahun (B16), B18 dan B19 Malaysia selain muncul sebagai penjaga gol terbaik serta tersenarai dalam kesebelasan kejohanan pada Piala Elit 2016 di Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI