fbpx

Halimah pula sah positif Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah

PUTRAJAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif Covid-19, hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, Halimah menjalani menjalani ujian saringan Covid-19 pada kelmarin sebelum disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan termasuk pemantauan rapat oleh pihak KKM di Johor Bahru.

“Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

“Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” katanya.

Sebelum ini, beberapa Menteri Kabinet disahkan positif Covid-19 termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beberapa pemimpin politik juga disahkan positif Covid-19 sebelum ini termasuk yang terbaharu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI