fbpx

Geng Elango Magna aktif curi kenderaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENG Lai (dua dari kiri) meninjau beberapa kenderaan yang dicuri Geng Elango Magna.

KUALA LUMPUR- Geng Elango Magna yang aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan sejak 2019 di sekitar Lembah Klang tumpas dalam beberapa serbuan dan tangkapan menerusi Ops Lejang 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, geng itu mencuri kenderaan di kawasan perumahan dan kawasan perindustrian di sekitar Lembah Klang.

“Kenderaan yang dicuri akan diletakkan di tepi jalan kawasan yang terpencil.

“Kesemua kenderaan yang telah dicuri akan dileraikan dan komponen tersebut akan dijual sebagai alat ganti kenderaan kepada individu atau bengkel,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Susulan daripada tangkapan yang dilakukan, beliau berkata, pihak polis merampas beberapa buah kenderaan dan barangan antaranya empat buah lori; empat van; tiga kereta; dua alat penjana elektrik dan 49 unit skrin komputer jenama ACER berjumlah RM120,000.

Menerusi Ops Lejang, polis menahan dua lelaki India berusia 35 dan 51 tahun sekali gus menyelesaikan 11 kes kecurian kenderaan di kawasan Lembah Klang terutama kawasan Kepong.

Suspek utama yang dikenali sebagai Elango mempunyai 19 rekod jenayah lampau melibatkan pergaduhan, bakar kenderaan serta dadah.

Kedua-dua suspek direman bermula 13 Januari lalu dan disambung reman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI