fbpx

Covid-19 punca Aura Kasih gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aura dijangkiti wabak Covid-19 bersama anaknya, Arabella pada Disember tahun lalu. - Instagram

JAKARTA – Penyanyi popular dari Indonesia, Aura Kasih, 33, mendakwa jangkitan koronavirus membuatkan berat badannya naik mendadak, lapor portal Suara.com, semalam.

Aura yang dijangkiti wabak maut itu pada Disember tahun lalu memberitahu selera makannya bertambah sebaik sahaja sembuh daripada Covid-19.

“Sejak dijangkit Covid-19, nafsu makan naik lima kali ganda.

“Dalam masa sebulan, berat badan saya naik 5 kilogram,” tulisnya di laman Instagram.

Selain Aura, anak perempuannya, Arabella, 2, turut menjadi mangsa Covid-19 namun sudah sembuh sepenuhnya.

Tambah Aura, dia melihat dugaan itu sebagai tanda Tuhan mahu menegur kehidupannya dan mengakui banyak belajar perkara baharu semasa menjadi pesakit Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI