fbpx

Barcelona kalah, Messi kena kad merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah)menerima kad merah pertama sepanjang kariernya ketika Barcelona tewas 2-3 pada aksi final Piala Super Sepanyol kepada Bilbao awal pagi semalam. – AFP

SEVILLE, Sepanyol – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mempertahankan keputusan menyenaraikan Lionel Messi dalam kesebelasan utama menentang Athletic Bilbao pada aksi final Piala Super Sepanyol di Estadio La Cartuja awal pagi semalam.

The Catalans bukan sahaja tewas 2-3 kepada Athletic tetapi turut menyaksikan Messi dilayangkan kad merah pertama dalam kariernya bersama gergasi Sepanyol itu pada hujung tambahan masa kedua perlawanan.

“Saya faham situasi yang dihadapi Messi. Ia satu perkara normal apabila dia bertindak balas kepada pemain yang sering melakukan kekasaran terhadapnya sepanjang perlawanan,” kata Koeman.

Gol pertama Barcelona hasil jaringan Antoine Griezmann pada minit ke-40 tidak bertahan lama apabila Oscar de Marcos menyamakan kedudukan buat Bilbao empat minit kemudian.

Hasrat Barcelona untuk mencatat kemenangan selepas meraih gol kedua melalui Griezmann pada minit ke-77 tidak kesampaian apabila kali ini giliran Asier Villalibre menyamakan kedudukan buat Bilbao di penghujung perlawanan.

Inaki Williams muncul wira Bilbao apabila berjaya meledak gol ketiga dalam separuh masa pertama tambahan masa sebelum Messi diarah meninggalkan padang selepas hilang pertimbangan dengan mengasari Villalibre pada minit ke-121.

Layangan kad merah ketiga sepanjang 17 tahun kariernya (dua bersama Argentina) itu berkemungkinan menyaksikan Messi bakal berdepan penggantungan selama empat perlawanan termasuk aksi La Liga dan Piala Raja Sepanyol selepas ini.

Dalam masa sama, kekalahan itu juga menangguhkan impian Koeman untuk menjulang gelaran pertama sebagai pengendali Barcelona sejak dilantik menggantikan tempat Quique Setien yang dipecat pada Ogos tahun lalu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN