fbpx

Bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap dua anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini setelah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual ke atas dua anak perempuannya tahun lalu.

IPOH – Seorang pembantu perawatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuannya berusia sembilan dan enam tahun pada tahun lalu.

Tertuduh berusia 42 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki yang bekerja di sebuah klinik kesihatan di Manjung itu didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun dengan cara memegang kemaluan bagi tujuan seksual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lekir, Sitiawan pada pukul 2.30 pagi, 10 April 2020.

Lelaki itu turut didakwa atas pertuduhan kedua apabila melakukan perbuatan sama terhadap anak perempuannya yang berusia sembilan tahun di lokasi sama antara pukul 8 sehingga 12 malam pada April 2020.

Pendakwaan terhadap dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menetapkan 25 Februari ini untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI