fbpx

Awie sayu sambut cahaya mata keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Awie dan isteri.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Awie melahirkan rasa syukur selepas isterinya Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, selamat melahirkan cahaya mata lelaki sulung mereka semalam.

Perkara tersebut dizahirkan sendiri penyanyi itu menerusi status dalam Facebook miliknya.

“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini (semalam) 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, syukur keduanya sihat selalu.

“Bahagiaku dengan kehadiranmu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulis penyanyi, pelakon dan penerbit itu.

Perkongsian status itu turut menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalan yang mengucapkan tahniah selepas penyanyi berusia 53 tahun itu dikurniakan cahaya mata keenam.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu Awie telah mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana pada Oktober 2016. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI