fbpx

Annuar bidas cubaan menderhaka kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membantah surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ahli Parlimen parti itu berhubung Proklamasi Darurat dan sidang Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen UMNO Ketereh dan Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, surat itu menghina keputusan parti dan boleh di tafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ia juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan Ketua Pembangkang dan DAP yang sebelum ini meminta perkara yg sama dilakukan oleh Ahli Parlimen.

“Saya meminta Datuk Seri menarik balik surat tersebut dan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan yang tidak berperlembagaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyiarkan surat oleh Setiausaha Agung UMNO yang yang ditujukan kepada Ahli Parlimen UMNO Bera merangkap Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertarikh 18 Januari 2021.

Kandungan surat itu memohon kerjasama semua Ahli Parlimen UMNO dan BN untuk mengemukakan persetujuan bagi pelaksanaan untuk diadakan satu sidang Parlimen pada satu tarikh yang segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI